widgets

Friday, April 10, 2015



Maklumat Panel


Nama Penuh                        : Noor Aienzam binti Mohamad
No. Matrik                           : D20111047522
Program                               : ISMP Bahasa Melayu (AT05)
Sekolah Latihan Mengajar  : Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
Tempat Asal                        : Besut, Terengganu
Bilangan adik-beradik         : 3 ( anak ke-2 )



Jawatan di UPSI :
  • Penolong Setiausaha Program Eksklusif Sekolah Bitara II
  • AJK Cenderahati Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Kedua
  • AJK Program Semaian Kasih Semurni Ikatan
  • AJK Penatacahayaan Pementasan Drama Renjong
  • AJK Malam Anugerah PERBAYU 2014
  • Rakan Exco Latihan Pembangunan Sahsiah (LPS) Kolej Za’ba
  • AJK Program Masih Ada Yang Sayang (MAYANG)
  • AJK Hari Keluarga Perbayu 2014
  • AJK Ceramah Pengukuhan Aqidah melalui Sains dan al-Quran 
  • AJK Program Kemasyarakatan Lambaian Malar Hijau


Jawatan di SAM BBST:

  • Guru Penasihat Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu
  • Guru Penasihat Kelab Badminton
  • Guru JK HEM di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling
  • AJK Makanan Jamuan Hari Raya
  • AJK Pendaftaran Program Khatam al-Quran dan Solat Hajat
  • Pembantu Guru Pengiring Majlis Berbuka Puasa di Masjid Besi, Putrajaya
  • AJK Aktiviti Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Pertandingan Mengarang Puisi 
  • Juri Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Pertandingan Mengarang Puisi
  • AJK Keceriaan Sudut Info Sekolah
  • Guru Pengawas Ujian Lisan Bahasa Melayu PT3
  • AJK Pendaftaran Kem Skor A Sejarah SPM
  • AJK Aktiviti Sambutan Hari Raya Korban Peringkat Sekolah
  • Guru Pembantu Ujian SEGAK
  • Guru Pembimbing Persembahan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
  • Pembantu Guru Pengiring Program Gotong-Royong dan Lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua






Sekolah Pertamaku Menabur Bakti...



Saya telah berpraktikum di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Saya bersama rakan praktikum saya, Najwa Khairani binti Azman telah menjalankan praktikum di sekolah berkenaan selama 16 minggu. Saya dan rakan telah berpraktikum di sekolah tersebut di bawah penyeliaan Profesor Emiretus Dr. Abdul Hamid bin Mahmood.

            Sekolah ini diketuai oleh Tuan Hj. Mohmed bin Sarip. Sekolah ini merupakan antara sekolah di negeri Selangor yang menawarkan 2 aliran pembelajaran iaitu aliran akademik dan aliran agama. Visi sekolah ini ialah ‘Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang’ manakala misi pula ialah melahirkan murid bersahsiah terpuji, cemerlang akademik, kokurikulum dan kepimpinan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan falsafah Pendidikan Islam. Sistem pembelajaran akademik di sekolah ini adalah seperti sekolah menengah lain di Malaysia iaitu mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah ditetapkan manakala pelajaran aliran agama adalah mengikut sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu Bahasa Arab, Tafsir Hadith, Al-Quran dan Tauhid Feqah. Sekolah ini mempunyai asrama harian biasa. 
           Sekolah ini merupakan satu daripada dua buah sekolah agama JAIS di daerah Sepang. Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 2005 dan terletak di Bandar Salak Tinggi, sebuah bandar yang sedang membangun. Sekolah ini di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SAMBBST dibina di atas tanah wakaf Kompleks Tanah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan akademik 2 blok penginapan pelajar putera 2 blok penginapan pelajar puteri, surau dan dewan yang lengkapdan besar, padang yang luas, beberapa makmal sains, 2 blok bengkel KHB,sebuah perpustakaan,koperasi sekolah dan premis-premis lain.
         Pada peringkat awal penubuhan SAMBBST iaitu pada tahun 2005,bilangan guru hanyalah seramai 39 orang manakala pelajar lebih kurang seramai 600 orang.Kebanyakan adalah pelajar tingkatan dua hingga lima merupakan pelajar yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Sungai MerabLuar(SAMSMEL).Manakala pelajar - pelajar tingkatan satu pula merupakan pelajar baru yang mendapat tawaran Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)untuk menyambung pelajaran di sini. Hampir keseluruhan pelajar di sini tinggal di asrama.
            


LAGU SEKOLAH SAM BBST

Berilmu beramal dan bertaqwa
Cogan kata sekolah kita
Berdisiplin bersahsiah mulia
Menjadi tonggak untuk berjaya

SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Setinggi cita-cita kami
Membangunkan minda
Membangunkan jiwa
Membangunkan agama bangsa dan negara

Ayuh marilah kita semua
Berusaha dan terus berusaha
Memupuk wawasan negara tercinta
Menuju puncak jaya.



Kenangan Bersama Warga SAM BBST




Ini ialah gambar kenang-kenangan di hari-hari terakhir saya menjalani latihan di SAM BBST. Mereka ini merupakan anak-anak didik saya dari tingkatan 2 Imtiaz. Mereka terdiri daripada 35 orang pelajar.  


Ini ialah wajah-wajah ceria anak-anak didik dari tingkatan 2 Istiqamah. Mereka terdiri daripada 37 orang pelajar. Keceriaan mereka di dalam kelas merupakan antara kenangan terindah yang telah tercipta selama 16 minggu saya berpraktikum di SAM BBST.  



Ini ialah satu-satunya kelas tingkatan 1 iaitu 1 Ikhlas dan satu-satunya kelas di mana saya mengajar mata pelajaran Sejarah. Kelas ini terdiri daripada 37 orang pelajar.  


Kenangan bersama guru pembimbing saya Puan Kamariah binti Hj. Radzwan. Insan ini banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.


Ini adalah antara barisan guru yang banyak memberi tunjuk ajar, dorongan dan bimbingan sepanjang saya menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Mereka adalah antara insan-insan yang menceriakan hari-hari saya sepanjang berada di SAM BBST. Gambar ini dirakam semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bertempat di Dewan Al-Kawarizmi SAM BBST.

KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

  • Menurut John Elliot (1991) menyatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu.
  • Menurut Lomax (1994) pula, kajian tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" dan ia berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya dengan profesionnya.
  • Menurut McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.
  • Menurut Mills (2000) pula berpendapat bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru , guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran atau perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.

Tujuan Kajian Tindakan

1. Perkembangan Kurikulum Berasaskan Sekola
    - Dalam konteks perancangan dan pembentukan kurikulum sekolah di negara ini, jelas menunjukkan bahawa deskripsi kurikulum telah disediakan oleh pihak agensi pusat. Ini menunjukkan kurikulum sekolah adalah setara dan sama bagi semua sekolah. Namun begitu, sekolah dan guru sentiasa mengubah suai kurikulum tersebut bagi memastikan ianya sesuai dengan konteks dan situasi pelajar, guru dan sekolah. Proses pengubahsuaian memerlukan guru mentafsirkan kurikulum mengikut keperluan dan kebolehan pelajar.

2. Sebagai Strategi Perkembangan Profesionalisme
        - sebagai seorang profesional, guru perlu meningkatkan amalan mereka secara berterusan. Guru perlu berterusan belajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sesuai dengan perkembangan semasa dalam bidang pendidikan dan teknologi. Banyak pendekatan yang diadakan untuk meningkatkan perkembangan profesional guru. Di antaranya adalah melalui program-program latihan dalam perkhidmatan yang disediakan khusus untuk guru-guru. Namun begitu, di peringkat sekolah dan di peringkat individu guru, aktiviti-aktiviti penyelidikan ada dijalankan bagi tujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasinya.

3. Sebagai Alat Penilaian Kendiri dan Institusi
         - Kajian tindakan membolehkan guru meneliti dan menilai amalan mereka melalui penilaian kendiri dan penilaian rakan sekerja. Berasaskan maklumat dan data yang dikumpul secara sistematik dan saintifik, keputusan yang lebih termaklum dapat dibuat tentang kelemahan dan kekuatan serta dapat merangka tindakan yang lebih sesuai untuk mengatasinya. Dengan itu, kajian tindakan sebagai alat penilaian adalah lebih bermakna kepada guru dalam menilai keberkesanan perancangan dan tindakan mereka. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas oleh pihak sekolah dalam menilai prestasi guru dan juga institusi.


Ciri- Ciri Kajian Tindakan

Elliott (1978) menjelaskan ciri-ciri penting proses kajian tindakan yang boleh diringkaskan seperti berikut :

  • kajian tindakan memeriksa masalah yang difikirkan penting untuk diselesaikan oleh pengamal.
  • masalah yang dikaji merupakan masalah yang boleh diselesaikan.
  • masalah yang dikaji memerlukan tindak balas yang praktikal.
  • matlamatnya adalah untuk meningkatkan pemahaman penyelidik tentang masalah yang dikaji.
  • kajian tindakan menggunakan medotologi kajian kes dalam menjelaskan apa yang berlaku dan bagaimana tiap-tiap perkara berkait antara satu sama lain.
  • kajian kes melaporkan persepsi dan kepercayaan mereka yang terlibat dalam latar yang dikaji seperti guru, pelajar dan sebagainya.
  • menggunakan bahasa seharian yang digunakan oleh sampel kajian.
  • kajian tindakan hanya boleh disahkan melalui dialog dengan sampel dalam keadaan yang tidak tertekan.
  • perlulah ada sebaran maklumat yang mudah dalam kalangan mereka yang terlibat dalam kajian.

Creswell (2005) pula, kajian tindakan mempunyai ciri-ciri utama seperti berikut:

1. Fokus yang Praktikal
   - kajian tindakan sebenarnya menumpukan kepada masalah sebenar dalam tugas dan latar seseorang pengamal. Oleh itu, penyelidik kajian tindakan mengkaji isu-isu praktikal yang boleh membawa faedah segera kepada pengamal dan pendidikan, menyelesaikan masalah segera kepada pengamal dan pendidikan, menyelesaikan masalah segera yang dihadapi oleh seseorang guru.

2. Amalan Penyelidik Guru Sendiri
   - Apabila guru itu menjalankan kajian tindakan, mereka berminat untuk meneliti dan mengkaji amalan mereka sendiri daripada mengkaji amalan orang lain. Oleh itu, fokusnya adalah kepada bilik darjah, sekolah atau amalan mereka sendiri. Apabila mereka mengkaji situasi mereka sendiri, mereka membuat refleksi ke atas apa yang telah mereka belajar dan apa yang mereka boleh buat untuk meningkatkan amalan pendidikan mereka.


Kepentingan Kajian Tindakan

1. Sebagai Asas untuk Membuat Keputusan Berasaskan Data
    - Dalam tugasan seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankannya sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung kepada keupayaan guru menggunakan sumbr atau maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat Oleh itu, penyelidik mendapatkan maklumat atau data melalui prosedur dan proses yang sistematik.

2. Sumbangan kepada Proses Perkembangan Profesionalisme Guru
    - Pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas perkembangan profesionalisme guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Peningkatan amalan berasaskan pengetahuan dan teori tempatan yang dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran guru. Ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri profesional yang menekankan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab.


Masalah Semasa Latihan Mengajar

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa melakukan latihan mengajar, guru mendapati pelajar mengalami masalah kurang fokus dan mengantuk di dalam kelas terutamanya selepas waktu rehat. Hal ini mungkin disebabkan oleh suasana sekeliling yang bising dan cuaca yang panas pada waktu tengah hari.

Jadi, sebagai penyelesaian kepada masalah ini guru mengambil inisiatif untuk membuat satu aktiviti lakonan yang melibatkan semua pelajar supaya pelajar tidak mengantuk dan bergerak aktif di dalam kelas.


Ini adalah salah satu video lakonan pelajar 2 Istiqamah yang menceritakan tentang kes seluk saku yang berlaku di pasar.