widgets

Friday, April 10, 2015


KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

  • Menurut John Elliot (1991) menyatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu.
  • Menurut Lomax (1994) pula, kajian tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" dan ia berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya dengan profesionnya.
  • Menurut McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.
  • Menurut Mills (2000) pula berpendapat bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru , guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran atau perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.

Tujuan Kajian Tindakan

1. Perkembangan Kurikulum Berasaskan Sekola
    - Dalam konteks perancangan dan pembentukan kurikulum sekolah di negara ini, jelas menunjukkan bahawa deskripsi kurikulum telah disediakan oleh pihak agensi pusat. Ini menunjukkan kurikulum sekolah adalah setara dan sama bagi semua sekolah. Namun begitu, sekolah dan guru sentiasa mengubah suai kurikulum tersebut bagi memastikan ianya sesuai dengan konteks dan situasi pelajar, guru dan sekolah. Proses pengubahsuaian memerlukan guru mentafsirkan kurikulum mengikut keperluan dan kebolehan pelajar.

2. Sebagai Strategi Perkembangan Profesionalisme
        - sebagai seorang profesional, guru perlu meningkatkan amalan mereka secara berterusan. Guru perlu berterusan belajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sesuai dengan perkembangan semasa dalam bidang pendidikan dan teknologi. Banyak pendekatan yang diadakan untuk meningkatkan perkembangan profesional guru. Di antaranya adalah melalui program-program latihan dalam perkhidmatan yang disediakan khusus untuk guru-guru. Namun begitu, di peringkat sekolah dan di peringkat individu guru, aktiviti-aktiviti penyelidikan ada dijalankan bagi tujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasinya.

3. Sebagai Alat Penilaian Kendiri dan Institusi
         - Kajian tindakan membolehkan guru meneliti dan menilai amalan mereka melalui penilaian kendiri dan penilaian rakan sekerja. Berasaskan maklumat dan data yang dikumpul secara sistematik dan saintifik, keputusan yang lebih termaklum dapat dibuat tentang kelemahan dan kekuatan serta dapat merangka tindakan yang lebih sesuai untuk mengatasinya. Dengan itu, kajian tindakan sebagai alat penilaian adalah lebih bermakna kepada guru dalam menilai keberkesanan perancangan dan tindakan mereka. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas oleh pihak sekolah dalam menilai prestasi guru dan juga institusi.


Ciri- Ciri Kajian Tindakan

Elliott (1978) menjelaskan ciri-ciri penting proses kajian tindakan yang boleh diringkaskan seperti berikut :

  • kajian tindakan memeriksa masalah yang difikirkan penting untuk diselesaikan oleh pengamal.
  • masalah yang dikaji merupakan masalah yang boleh diselesaikan.
  • masalah yang dikaji memerlukan tindak balas yang praktikal.
  • matlamatnya adalah untuk meningkatkan pemahaman penyelidik tentang masalah yang dikaji.
  • kajian tindakan menggunakan medotologi kajian kes dalam menjelaskan apa yang berlaku dan bagaimana tiap-tiap perkara berkait antara satu sama lain.
  • kajian kes melaporkan persepsi dan kepercayaan mereka yang terlibat dalam latar yang dikaji seperti guru, pelajar dan sebagainya.
  • menggunakan bahasa seharian yang digunakan oleh sampel kajian.
  • kajian tindakan hanya boleh disahkan melalui dialog dengan sampel dalam keadaan yang tidak tertekan.
  • perlulah ada sebaran maklumat yang mudah dalam kalangan mereka yang terlibat dalam kajian.

Creswell (2005) pula, kajian tindakan mempunyai ciri-ciri utama seperti berikut:

1. Fokus yang Praktikal
   - kajian tindakan sebenarnya menumpukan kepada masalah sebenar dalam tugas dan latar seseorang pengamal. Oleh itu, penyelidik kajian tindakan mengkaji isu-isu praktikal yang boleh membawa faedah segera kepada pengamal dan pendidikan, menyelesaikan masalah segera kepada pengamal dan pendidikan, menyelesaikan masalah segera yang dihadapi oleh seseorang guru.

2. Amalan Penyelidik Guru Sendiri
   - Apabila guru itu menjalankan kajian tindakan, mereka berminat untuk meneliti dan mengkaji amalan mereka sendiri daripada mengkaji amalan orang lain. Oleh itu, fokusnya adalah kepada bilik darjah, sekolah atau amalan mereka sendiri. Apabila mereka mengkaji situasi mereka sendiri, mereka membuat refleksi ke atas apa yang telah mereka belajar dan apa yang mereka boleh buat untuk meningkatkan amalan pendidikan mereka.


Kepentingan Kajian Tindakan

1. Sebagai Asas untuk Membuat Keputusan Berasaskan Data
    - Dalam tugasan seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankannya sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung kepada keupayaan guru menggunakan sumbr atau maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat Oleh itu, penyelidik mendapatkan maklumat atau data melalui prosedur dan proses yang sistematik.

2. Sumbangan kepada Proses Perkembangan Profesionalisme Guru
    - Pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas perkembangan profesionalisme guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Peningkatan amalan berasaskan pengetahuan dan teori tempatan yang dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran guru. Ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri profesional yang menekankan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab.


Masalah Semasa Latihan Mengajar

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa melakukan latihan mengajar, guru mendapati pelajar mengalami masalah kurang fokus dan mengantuk di dalam kelas terutamanya selepas waktu rehat. Hal ini mungkin disebabkan oleh suasana sekeliling yang bising dan cuaca yang panas pada waktu tengah hari.

Jadi, sebagai penyelesaian kepada masalah ini guru mengambil inisiatif untuk membuat satu aktiviti lakonan yang melibatkan semua pelajar supaya pelajar tidak mengantuk dan bergerak aktif di dalam kelas.


Ini adalah salah satu video lakonan pelajar 2 Istiqamah yang menceritakan tentang kes seluk saku yang berlaku di pasar.
     

1 comment:

  1. Assalamualaikum cg
    Ada lagi tak video tu
    Kalau ada nak boleh

    ReplyDelete